Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday 16 March 2017

Kelas Bertemakan Kelestarian


Alam lestari berkait rapat dengan keadaan alam sekitar yang bersih tanpa sebarang pencemaran serta keadaan landskapnya yang menarik pandangan setiap mata. Alam sekitar adalah sebahagian daripada entiti yang diwarisi dan sewajarnya dicintai.

Apa pula sekolah lestari ?

Sekolah lestari ialah sebuah sekolah yang membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan aspek alam sekitar dalam segala pengurusan sekolah bagi mewujudkan kehidupan yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Pelajar SMK Ayer Baloi turut menerapkan tema kelestarian dalam bilik darjah . Sebagai contoh, pelajar dari kelas 4 Elit telah mengenakan konsep "kelas bertemakan alam sekitar"dalam kelas mereka. 

Jadual waktu kelas mereka bercorak kelestarian.

Terdapat lukisan pokok dan beberapa hiasan berkonsepkan lestari pada jadual waktu kelas mereka. Kekreatifan pelajar ini telah berjaya menaikkan kelas 4 Elit ini sebagai sebuah kelas lestari.
Selain itu, jadual waktu juga bermotifkan alam sekitar.


Terdapat beberapa corak berunsurkan alam sekitar yang dihias penuh kreatif di jadual ini. Siapa sangka manila kad ini boleh dihias cantik dan penuh dengan konsep kelestarian.

Sesungguhnya, alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai. Oleh itu, janganlah dimusnahkan secara membujur lalu melintang patah. Alam sekitar hendaklah dimaslahatkan bersama, bukannya dikhianati milik kita sepanjang zaman kerana kita hanya meminjamnya daripada generasi akan datang.

1 comment:

  1. Woahhh so inspiring for us as a student! Love this one so much :')

    ReplyDelete