Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday 18 March 2017

Envirobike - Aktiviti berbasikal beramai-ramai!

Apa itu Envirobike?

Perkataan Envirobike diambil daripada perkataan "environment" yang bermaksud alam sekitar dan perkataan "bike" yang bermaksud berbasikal. Dalam erti kata sepenuhnya Envirobike ini sebenarnya bermaksud program berbasikal yang melibatkan alam sekitar. Program Envirobike ini merupakan program berbasikal beramai-ramai bersempena dengan program lestari sekolah.

Gambar Flyer "Envirobike"

Program ini akan bermula pada hari Sabtu (15 April 2017) dan program ini merupakan aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab Squad Lestari ini. Program ini merupakan program anjuran kelab Squad Lestari dan alam sekitar.

Naib Pengerusi sedang mempromosikan aktiviti Envirobike
kepada pelajar-pelajar SMK Ayer Baloi.

Pada hari khamis lepas (16/3/2017), wakil ahli kelab Squad Lestari telah menguar-uarkan program ini kepada pelajar sekolah. Hal ini bagi menarik minat pelajar untuk menyertai program Envirobike ini.

Pelajar-pelajar SMK Ayer Baloi kelihatan berminat dengan
aktiviti Envirobike ini

Seramai 100 orang pelajar mendaftarkan nama mereka untuk menyertai program Envirobike ini. Pelajar yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada pelajar menengah rendah (tingkatan 1,2,3) dan pelajar menengah atas (tingkatan 4,5)
Marilah sama-sama kita menyertai program Envirobike ini. Marilah kita sama-sama memerhati kewujudan alam sekitar ini sambil berbasikal!

No comments:

Post a Comment